Nintendo Akan Sekat Bahasa Tidak Sopan di Switch

Bersopan santun di dalam permainan.

Nintendo Akan Sekat Bahasa Tidak Sopan di Switch - Nintendo Switch

Demi pengalaman permainan yang lebih selamat, Nintendo bakal melancarkan satu kemaskini baru untuk Switch bagi menyekat pengguna daripada menggunakan kata-kata kesat atau yang tidak sopan semasa bermain.

Melalui satu ciapan pengguna Twitter, kemaskini 14.1.2 ialah kemaskini rebootless yang tidak membawa perubahan besar seperti membaiki isu pepijat demi memberi pengalaman permainan yang lebih baik.

Selain itu, tampalan ini juga menambah perkataan-perkataan yang akan dihalang penggunaannya seperti perkataan berunsurkan perkauman, lucah dan berunsurkan organisasi pengganas.

Bahkan, ia akan ditambah kepada pelbagai bahasa lain.

Namun, buat masa kini, pihak Nintendo masih belum mengumumkan secara rasmi bila kemaskini baru ini akan dibuat.

Berita Berkaitan
Komen